Thursday, May 7, 2009

::Selamat Hari Ibu::

::~umiku yang ditengah2~::

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w.,

lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kataKasih ibu membawa ke syurgayang sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu kesinambungan daripada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Syurga di bawah telapak kaki ibu,” (riwayat Imam Ahmad).

Islam juga meletakkan taraf seorang ibu dikedudukan yang terpuji dan tertinggi bertepatan dengan peranannya sebagai daya kuasa pembina generasi pelapis ke arah generasi gemilang, cemerlang dan terbilang. Ibu di sisi Islam mempunyai kedudukan yang istimewa sehingga meletakkan hukum bagi mereka yang menderhaka ibu-bapa di antara dosa-dosa besar setanding dengan syirik kepada Allah, membunuh diri dan penyaksian palsu.

Rasulullah s.a.w, ketika ditanya mengenai amalan yang dicintai oleh Allah maka baginda bersabda di antaranya ialah berbakti kepada ibu-bapa selain solat di waktunya dan berjihad di jalan Allah. Pernah baginda menyuruh salah seorang sahabatnya agar tidak menyertai jihad disebabkan beliau masih mempunyai kedua ibu-bapa kerana berbakti kepada keduanya adalah juga dikira sebagai jihad.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, walau jerih payahnya tanggungjawab, seorang ibu akan tetap tabah menghadapinya demi insan-insan tercinta. Kendatipun senonim dengan kata-katawanita itu kaum yang lemah.” Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap dilahirkan daripada rahim seorang wanita.

Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Kisah Alqamah misalannya, menggambarkan betapa kasih ibu sangat mendalam sehinggakan ibunya tidak sanggup melihat anaknya menderita akan dibakar hidup-hidup walaupun telah berkecil hati kerana anaknya itu melebih-lebihkan isterinya daripada ibunya sendiri. Kerana tidak mahu melihat anaknya menderita ketika sakaratul maut, si ibu dengan rela hati memaafkan anaknya itu.

Jasamu ibu akan ku kenang....Terima kasih Ibuku....

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan…


Lagu Buat Seorang Ibu

Mega nan cerah
Kelam tiba-tiba
Itu tandanya ada bencana
Saat itu ku sendirian
di sisi kubur bonda sunyi dan sepi
Masih terngiang Kata2 nasihat
Pedoman dan belaian kasih bonda
Tapi kini bonda telah pergi
Perginya tiada kembali

Sewaktu mulaku
Melangkah dewasa mencari ilmu
Tugas utama Ku merantau jauh
Meninggalkan bonda
Akan ku tunaikan hajatmu bonda
Tapi di dalam menghadapi cabaran
Ku terlupa tugasku di rantauan
Apakah makan minummu terjaga
Adakah nasibmu terbela

Oh Tuhan ampunkan dosa ibuku
Masukkan ia ke dalam jannahmu
Selamatkan ia dari nerakamu
Terangi kuburnya dengan sinarmu
Sedihnya hatiku Dibuai mimpimu
Hatiku dialun kecewa dan sengsara
Dosaku ibarat air di lautan
Hidupku sebagai anak derhaka

Oh bonda ampunkan kesalahanku
Tak tersengaja ku mengasarimu
Hatiku kesal tiada terkira
Kau pergi di dalam kecewa
Tidak ku tertahan
Menanggung seksaan
Setelah kau tiada
Dugaan yang mendatang
Ampuni dosaku
Redhakan hidupku
Kaulah mithali pedomanku

Sayu mengenang
Saat manis itu
Tangan bonda mengusap pipiku
Terpancar senyuman di wajah bonda
Agar anaknya beroleh jaya
Didikan Islam diberi sempurna
Walaupun tanpa suami tercinta
Yang telah terkorban Kerna ilahi tabah menghadapi hidup yang sunyi

Hargailah ibu selagi dia masih bernafas
Janganlah melupakan ibu walau sesibuk manapun...

Ingati ibu setiap detik...

SELAMAT HARI IBU
BUAT SEMUA INSAN BERGELAR IBU

ISTIMEWA BUAT UMIKU....

No comments: